Sunday, October 31, 2010

latar belakang smk panji alam

LATAR BELAKANG SEKOLAH
NAMA: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANJI ALAM
JALAN PANJI ALAM
21100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
TEL :   09-6221877
FAKS:  09-6248292

Di buka pada tahun 1965. Nama asalnya Sekolah Menengah Kampung Nibung.
Dirasmikan pada 28 Mac 1966 (7 Zulhijjah 1385) oleh Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.
Tahun 1987 Tingkatan Enam mula dibuka
Tahun 1989 sebuah dewan serbaguna dan surau dibina.

TOKOH SEKOLAH
Megat Panji Alam adalah Putera Raja Terengganu sezaman dengan kegemilangan Melaka dan Hang Tuah. Beliau pernah bertunang dengan anak Bendahara Pahang bernama Tun Teja Benggala tetapi dilarikan oleh Hang Tuah untuk dijadikan isteri Sultan Melaka. Megat Panji Alam dan saudaranya Megat Kembar Ali berserta 4000 orang rakyat Terengganu menuju ke Melaka untuk berperang. Berita penyerangan Megat Panji Alam diketahui oleh Melaka, mak satu angkatan Melaka yang diketuai oleh Hang Tuah dan Hang Jebat menuju ke Pahang. Peristiwa pembunuhan Megat Panji Alam telah menimbulkan kemurkaan Sultan Pahang dan Sultan Terengganu. Sultan Terengganu sendiri telah bersedia untuk menuntut bela tetapi dibatalkan.

LENCANA SEKOLAH




 PERISAI
Semangat perjuangan bagi memajukan agama, diri, bangsa dan agama serta semangat perjuangan untuk memenangi sebarang pertandingan yang disertai oleh pelajar

   TANGKAI   PADI
Makanan asasi dan kemakmuran

 BUKU
Ilmu dunia dan akhirat
OBOR
Ilmu sebagai penyuluh kepada seluruh kehidupan dunia dan akhirat

  RODA BERSEGI
Sains dan teknologi perlu seiring untuk menuju kejayaan
MERAH
Semangat perjuangan yang tinggi dan sanggup berkorban

KUNING
Ketaatan kepada agama, bangsa dan negara

HIJAU
Murid-murid yang dididik masih muda kerana masih berada di peringkat pembentukan
Pengetua-Pengetua SMK Panji Alam
Bil
Nama
Tahun Bertugas
1
   EN. SIDEK BIN EMBONG
 1965 hingga 1966
2
   EN. SHEIKH MUHAMMAD BIN ALI
 1966 hingga 1967
3
   EN. ZAINAL ABIDIN BIN HJ. AHMAD
 1968 hingga 1970
4
   TN. HJ. OTHMAN BIN ISMAIL
 1971 hingga 1981
5
   TN. HJ. MOHAMAD BIN ABDULLAH
 1982 hingga 1983
6
   TN. HJ. MUHAMAD @ OMAR BIN ABD.        RAHMAN
 1983 hingga 1984
7
   TN. HJ. IBRAHIM BIN MAMAT
 1985 hingga 1986
8
   HJH. AINUN JAMILAH BT MD ALI (Memangku)
 1987 hingga 1988
9
   TN. HJ. ABU BAKAR BIN JUSOH
 1988 hingga 1990
10
   TN. HJ. ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL
 1990 hingga 1998
11
   PN. HJH. NATIFAH BT HJ. ABD GHANI
 1998 Hingga 1999
12
   TN. HJ. MOHD ZAINUDDIN BIN MAHMOOD
 1999 Hingga 2005
13
   PN. HJH. ESAH BT ABDULLAH
 2005 Hingga 2008
14
   TN. HJ. MATSOR BIN ISMAIL
 2008 Hingga sekarang

No comments:

Post a Comment